Sahabat-sahabat seperjuangan sekelian,
Sebagai pendakwah, marilah kita bersama-sama berusaha sedaya upaya membina dan melengkapkan diri dengan tujuh nilai sebagai disiplin diri yang membawa kepada keberkesanan dakwah.
PERTAMA :
Ikhlas: Sebagal Ansoorullah, bertugas atas perintah Allah.• A1-Bayyinah:5 “Pada hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya memperhambakan diri kepada Allah dengan ikhlas berpegang dengan addin yang hanif’ • Al-Mukminun:14 “Oleh itu maka perhambakan diri kamu kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak menyukai” Surah Sad:83,Yusuf:24,As-Saaffat:40 dan lain-lain lagi...
Sesungguhnya keikhlasan merupakan kurniaan Allah. Untuk mendapatkan kurniaan ini, perlu kepada aktiviti berikut: Membanyakkan istigfar sebelum dan selepas kuliah, kekalkan solat witir dan istiqomah membaca al-Qur’an walaupun sedikit.
KEDUA :
Rasa pergantungan kepada Allah: Allah adalah Majikan kita. Majikan yang Maha Kaya, Maha Bijaksana, Maha Mengetahui, Maha Perkasa, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
• AtTaubah:l29 “Cukuplah Allah bagi ku; tidak ada llah(ku perambakan diri) melainkan Dia. Hanya kepada-Nya akau bertawakkal, dan Dia adalah TuanPunya yang memiliki ‘Arsy yang agung” • Al-Baqarah:32 “Mereka menjawab, Maha suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” Surah A1-lkhlas:2, A1-Fatihah:5, Al-Baqarah:257, Ali Imran:173 dan lain-lain lagi.
Hati merasakan setiap masa perlu kepada bimbingan, kekuatan, dan pertolongan Allah. Bagi memantapkan jiwa rasa pergantungan itu, perlu kepada aktiviti-aktiviti berikut : Sentiasa solat berjemaah, kekalkan solat sunat rawatib dan berdoa ke atas diri dan audien sebelum dan selepas kuliah
KETIGA :
Faham apa yang hendak disampaikan dengan jelas dan yakin. Bukan menyampaikan apa yang diketahui tapi tak difahami.
“Sesiapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, yu faqqihu fiddin” ( Maksud Hadith)
Beberapa aktiviti bagi mengukuhkan kefahaman: Baca dan bincang bahan yang hendak disampakan, Tashih pemikiran dengan orang yang lebih alim dan bersyukur setiap kali dikurniakan kefahaman.
KEEMPAT:
Sedar: Kesedaran membolehkan seseorang itu bercakap dengan hati, bukan bercakap dengan lidah semata-mata. Hati saja yang mampu menyentuh hati, lidah setakat menyentuh telinga.Bangunkan kesedaran dengan melaksanakan aktiviti berikut: Beramal dengan ilmu yang hendak disampaikan, bercakap atau melatih berdasarkan pengalaman yang ditempuhi sendiri dan tentukan dan sentiasa ingat objektif yang hendak dicapai (fokus) dalam satu-satu sesi kuliah.
KELIMA :
Memahami audien: Faham dan hampiri audien. Bercakap mengikut keupayaan pemikiran audien. Bina jambatan dan hapuskan segala bentuk halangan.
Pendakwah seperti tentera yang berperang, perlu memahami situasi musuh, halangan-halangannya dan senjata yang sesuai untuk digunakan. lngat! Musuh kita bukannya si jahil, tapi sifat kejahilan. Kasihanilah si jahil dan perangi kejahilan. Untuk memahanñ audien beberapa langkah berikut boleh dilakukan: Adakan sesi taaruf, datang awal, berbual dan dapatkan maklumat tentang audien dan sentiasa berlapang dada menerima maklum balas.
KEENAM :
Bcrsungguh-sungguh: Ingat! Kita adalah Ansoorullah (pegawai-pegawai Allah), mesti bermotivasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas. Kerja selekeh, simplistik, ambil mudah atau kerja cincai, melepaskan batuk di tangga, bukan etika kerja pegawai Allah. Mereka yang bersungguh-sungguh saja akan dibimbing oleh Allah (Surah al-Ankabut:69).
Kesungguhan terlihat dalam aspek berikut: Persediaan, perancangan dan pengurusan dalam penyampaian (bahan dan masa) serta Penampilan diri yang sesuai (pakaian yang sesuai, tindakan, suara dan air muka)
KETUJUH :
Teknik atan metodologi penyampaian yang berkesan: Pendakwah hendaklah sentiasa kreatif dan inovatif menggunakan teknik dan menguasai metodologi yang berkesan dalam penyampaian dakwah. Pendakwah bertugas seperti pegawai pemasaran. Barangan yang berkualiti mungkin tidak dapat menembusi pasaran pengguna, jika aspek teknik kemahiran pemasaran tidak diambil kira. Kerana itu, ajaran Islam sebagai product yang paling berkualiti perlu dipasarkan secara profesional bagi menembusi pasaran pengguna.
Kita bertangggungjawab menentukan aspek packaging, display, promosi dan publisiti bagi memasarkan Islam kepada masyarakat.
Untuk itu pendakwah perlu menguasai beberapa kemahiran asas berikut: Kemahiaran komunikasi & perhubungan manusia, kemahiran menggunakan alat-alat pandang dengar dan mempunyai asas dalam ilmu psikologi.
“ANDAIKATA ALLAH MEMBERI HIDAYAH SESEORANG SEBAGAI HASIL USAHAMU, MAKA HAL ITU LEBIH BAlK BAGIMU DARIPADA SELURUH DUNIA DAN ISINYA”(MAKSUD HADITH)