Sabtu, September 12, 2009

SEKITAR SAMBUTAN NUZUL-QURAN MASJID ITTIFAQIYAH, TAMAN SERI INDERAPURA KUANTAN

Pada 7.9.2009 (Isnin) bersamaan 17 ramadhan 1430H yang lalu, pihak AJK Masjid Ittifaqiyah, Taman Seri Inderapura dengan kerjasama dari KRT Inderapura, Kolej AntarabangsaIKIP dan JAIP serta Ahli Jamaah Masjid telah mengadakan Ihya' Ramadhan sempena Nuzul-Quran. Program bermula mulai pukul 8.30 pagi dengan menyembelih lembu, melapah dan menyiangnya...











Pada hari tersebut juga diadakan Majlis Khatam Quran kumpulan tadarus Muslimat. Disertakan juga beberapa gambar penyampaian cenderahati oleh Pengerusi Masjid kepada peserta tadarus :










Di bawah ni pulak ialah gambar-gambar sekitar berbuka puasa. Lihat tu gambar En. Rosli (gambar no. 3, berkopiah dan berbaju t-shirt merah yang bertungkus-lumus mendapatkan sponsor Nestle (MILO & KokoKrunch). Diucapkan terimakasih daun keladi...










Forum al-Muqarrabin. Tema "Al-Quran itu Obat dan Rahmat".
Ahli panel :
1. YBhg. Ustaz Hamdan Yusi Yusof (Qadhi Kuantan)
2. YBhg. Ustaz Zuridan Daud (UMP)
3. YBhg. Ustaz Shufian Majid (KIPSAS/Imam 1 Masjid Ittifaqiyah)

Huraian dari ahli panel benar-benar "mantop"...Lihat semua jamaah khusyu' menghayatinya...










Terimakasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini :
Semua AJK dan Jamaah Qariah Masjid Inderapura terutama PokLeh, En. Manap dan Hj.Said(marshall), KRT Inderapura, JAIP, Pahang FM, Kolej Antarabangsa IKIP(SOBM), Penyumbang daging lembu & telor itik, Nestle (MILO & KokoKrunch) serta semua penyumbang yang tidak dapat disebutkan namanya satu persatu. Kepada antum semua diucapkan Jazakumulla hi khairan katsira....