Sabtu, September 05, 2009

RAMAH-MESRA DENGAN MASYARAKAT KG. BERHALA GANTANG

Pada tarikh 4.9.2009 selepas solat asar pihak Jabatan Mufti Pahang telah mengadakan satu majlis ramah mesra antara SS Dato' Mufti dengan masyarakat Kg.Berhala Gantang, Temerloh. Program dijalankan secara pengisian ilmu (tazkirah) yang disampaikan secara bergilir-gilir, dimulakan oleh Ybhg. SS Dato Mufti sendiri kemudian diikuti oleh Ustaz Azlan dan saya sendiri.
Alhamdulillah, ramai juga yang hadir pada petang itu terdiri dari dari kaum ibu, bapa serta pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Al-Amin (Ustaz Wahid dia punya toke kedai)..



















Program diteruskan dengan majlis berbuka puasa dengan penduduk kampung, tuan rumah sembelih kambing dan yang pasti patin masak tempoyak menjadi menu wajib.

BENGKEL KHUTBAH JABATAN MUFTI SIRI10/2009

Bengkel khutbah kali ini telah diadakan pada 4.9.2009 (Jumaat) di Dewan Mesyuarat Maahad Tahfiz al-Amin, Kg. Berhala Gantang, Temerloh bermula dari 8.00 pagi-4.00 petang.


















Inilah wajah-wajah pemikir dan petugas yang bertungkus-lumus menyiapkan Khutbah Jumaat untuk dibaca pada setiap hari Jumaat di masjid-masjid seluruh Negeri Pahang.





KOLOKIUM TUTORM OUM PANTAI TIMUR DI PERMAI INN KUALA TERENGGANU 14&15.8.2009

Secara tersurat dan tersirat, kolokium ini penting untuk pembangunan OUM. Perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri Anwar Ali, CEO/Naib Canselor OUM.

Saya banyak dapat ilmu baru dari Dekan Fakulti Sains Sosial- Prof. Dr. Mohd Yusoff Ismail (pakar dalam Falsafah Agama Budha). Ni gambar saya dengan dia...






Antara yang disampaikan ialah mengenai topik "Tutoring as a Calling" yang terkandung di dalamnya satu falsafah yang disebut sebagai : "Passion, Compassion and Patience"... (suka, belas kasihan dan sabar). Siapa yang nak jadi "an A-Class Tutor" mesti memiliki falsafah ini...

SELAGI ADA HARI KHAMIS....

Selagi ada hari Khamis.... selagi itulah tazkirah pagi di kampus IKIP 5 akan berjalan macam biasa. InsyaAllah modul-modul yang sedang dan akan dibawa adalah merujuk kepada asas Tasawwur Islam yang pernah diketengahkan oleh Prof. Dr. Ismail Raji al-Faruqi yang telah dipermudahkan oleh Sdra. Jaafar Muhammad dalam bukunya 7 Formula Hidup Sukses. Mudah mudahan kita mendapat manfaat yang berguna untuk bersama-sama mengembeling tenaga untuk menjaga dan membangun "harta" Allah SWT di mukabumi ini...amin





INSYAALLAH "KUPASAN HADITS" KE UDARA LAGI LEPAS RAYA...

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut puasa Ramadhan kepada semua pendengar Radio Malaysia Pahang FM, terutamanya peminat setia rancangan Kupasan Hadits yang keudara pada setiap hari Khamis mulai 6.15 - 7.00 petang. Mudah-mudahan sepanjang kita bersiaran, segala ilmu yang telah dikongsikan itu akan dapat dijadikan panduan dan pedoman dalam kehidupan kita meniti hari-hari mendatang untuk bertemu dengan Allah SWT.
Tak lupa juga saya ingin mengucapkan terimakasih kepada pihak Pahang FM khususnya penerbit rancangan Kupasan Hadits iaitu Puan Nik Kanisah (penerbit asal) dan penerbit yang baru iaitu Puan Azah yang telah banyak memberi tunjukajar dan panduan untuk mengendalikan rancangan tersebut secara "life"... terimakasih semuanya....