Khamis, September 17, 2009

MUHASABAH DI PAGI RAYA...

Sesungguhnya hariraya yang kita sambut di dunia ini adalah merupakan suatu peringatan terhadap hariraya yang bakal kita hadapi di akhirat nanti. Perhatikaanlah pada pagi raya... Kita akan dapat lihat sebahagian dari mereka yang pergi ke masjid untuk menunaikan solat sunat aidilfitri ada yang berjalan kaki. Sebahagian lagi ada yang menunggang basikal, motosikal, motokar bahkan ada yang naik motokar yang kelas tinggi spt mercedez benz dll. Ada juga yang berpakaian baru, indah dan sempurna namun tak kurang juga yang yang berpakaian lama dan tidak kemas. Ada yang tertawa riang tapi ada juga yang sedih dan menangis. MAKA INGATLAH perjalanan di hari akhirat sewaktu kita dibangkitkan di padang mahsyar kelak... seterusnya meniti titian sirat.. Ketika itu adakah kita akan bergembira atau berdukacita? adakah kita tergolong dari kalangan mereka yang berbahagia atau sengsara. Bermuhasabahlah kita di pagi raya...