Sabtu, Mac 20, 2010

CABARAN GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN

Perkataan tamadun merangkumi tentang kebudayaan, kemajuaan, pembangunan, peradaban dan kemakmuran yang dicapai oleh sesuatu bangsa. Tamadun berasal daripada perkataan Arab madana, madinah, madaniyyah bermaksud Bandar yang terbina melalui proses urbanisasi. Kemakmuran yang diambil daripada perkataan umran dan istilah Peradaban yang merangkum maksud adab sopan dan tatasusila hidup yang baik serta keluhuran dan kehalusan budi. Gabungan ketiga-tiga istilah iaitu tamadun, kemakmuran dan peradaban memberi makna sebuah masyarakat yang membangun melalui proses urbanisasi dengan nilai-nilai, adab-adab dan tatasusila hidup serta berbudi luhur. Jika istilah tamadun dilihat menurut perspektif Islam ia merangkumi pembangunn spiritual dan material secara serentak dan sepadu. Kehidupan beragama menjadi ciri terpenting masyarakat bertamadun. Kepercayan kepada wujudnya kuasa ghaib menjadi pemangkin kepada kawalan kehidupan manusia. Keperca yaan kepada kuasa ghaib juga menunjukkan manusia berfikir tentang keperluan spiritual mereka yang menjadi unsur terpenting wujud tamadun. Kemunculan rumah-rumah ibadah sebagai titik tolak kepada lahirnya sesebuah tamadun.

Urbanisasi sebagai salah satu ciri-ciri tamadun, kerana Bandar biasanya menjadi pusat berkumpulnya masyarakat. Di situ juga wujudnya rumah ibadah, institusi pendidikan, pusat upacara keagamaan, istana, golongan bangsawan, ahli-ahli perniagaan, bazaar, pusat membeli belah dan sebagainya. Kewujudan berbagai institusi dan golongan manusia di pelbagai peringakat menjadikan sesebuah masyarakat tersebut menjadi bertambah maju dan hidup secara harmoni. Keadaan ini memperlihatkan munculnya pengkhususan bidang-bidang perkerjaan dan system politik yang teratur dan perkembangan ekonomi yang pesat dan bertambah maju.

Perkembangan sistem teknologi maklumat juga memainkan peranan penting dalam usaha membawa kemajuan sesebuah tamadun. Sistem tersebut berkembang bagitu pesat selari dengan perkembangan kemajuan dunia hari ini menunjukkan bahawa, tamadun amat memerlu kan kecanggihan system komunikasi bagi menghadapi era globalisasi, dunia tanpa sempadan.
Bagaimanapun kekuatan dan kestabilan politik dalam sesebuah negara amat berkait rapat dengan kebijaksanaan, kekuatan pertahanan dan keadilan para pemimpin dalam pemerintahan. Kewujudannyalah yang menentukan kelangsungan sesebuah tamadun.

Budaya globalisai atau dunia tanpa sempadan diperlukan dalam mengubah sinario pembangunan manusia sejagat demi meningkatkan tamadun kehidupan. Walau bagaimana pun kecanggihan sains dan teknologi akan melahirkan satu budaya yang akan bertententangan dengan pembangunan rohani para pengguna.

Sesuatu fenomena yang bercirikan kecanggihan teknologi mempunyai elemen-elemen yang melahirkan kesan negatif kepada pembangunan tamadun. Ini berlaku disebabkan hidangan-hidangan yang merosakkan system dan ciri-ciri tamadun kehidupan masyarakat mukmin yang sudah sedia ada. Masyarakat Malaysia terbentuk dalam berbagai suku bangsa, agama dan kepercayaan. Maka itu adalah menjadi kesukaran untuk mengawal dan mempertahankan kedaulatan Islam sebagai agama rasmi Malaysia dari dicemari oleh elemen-elemen yang meng- kufurkan kesucian beragama sebagai teras kehidupan bertamadun.

Globalisasi adalah satu peluang atau strategi masyarakat Barat untuk menjual teknologi nya kepada manusia sejagat sebagai usaha mengkeristiankan dunia Islam terutama sekali para remaja yang masih mencari-cari identiti diri mereka. Agama yang memurnikan penampilan individu muslim sudah tidak bertahan lagi untuk mengawal keinginan manusia menyertai dunia kekufuran. Amat merumitkan lagi ialah ibubapa para remaja turut sama menjadi pelanggan kepada hidangan dunia tanpa sempadan. Ramai masyarakat mukmin melihat pembangunan sosial yang dibawa oleh dunia tanpa sempadan, bercirikan kemurnian dunia lebih dominan berbanding dengan pembangunan ukhrowi. Maka itu ia menjadi keutamaan manusia dalam pembangunan hidup bahagia yang diserikan dengan kemunculan kecanggihan sains dan teknologi sebagai pemudaracara dalam semua urusan pembangunan. Fenomena tersebut mudah meresap dalam masyarakat manusia terutama sekali mereka yang imannya kepada Allah tidak menentu.

Dunia tanpa sempadan mempunyai mesej yang universal merangkumi ciri-ciri pembangu nan dunia dan ukhrowi serentak. Oleh sebab pembangunan dunia lebih menyerlah kerana dekat dengan amalan manusia yang jelas maka pembangunan ukhrowi yang berupa ghaib dan tidak dapat dilihat dan dirasi kesannya menjadi sempadan sahaja. Ramai ibubapa memilih pembangunan material/fisikal daripada pembangunan spiritual atau kerohanian dalam mengilmukan anak-anak mereka. Akibat dari itu anaka-anak remaja adalah celek computer tetapi buta membaca al-Qur’an sebagai sumber ilmu dunia dan akhirat. Dokumen wahyu atau al-Qur’an tersebut merupakan perlembagaan pembangunan manusia sejagat. Allah turunkan dokumen itu ke dunia untuk memperbetulkan landasan kehidupan manusia yang memerlukan pembangunan dunia dan pembangunan akhirat. Allah S.W.T. mengamanahkan manusia sebagai kahlifah di muka bumi ini, maka itu tanggungjawabnya ialah memakmurkan pembangunan kehidupan dunia dan akhrat sejajar dengan fitrah manusia sebagai hambah Allah. Kehidupan dunia diibaratkan sebagai satu ladang yang memerlukan usaha anda untuk diterokai supaya mendapat peghasilan demi kemanfatan kehidupan dunia. Globalisasi menghalalkan dunia kekufuran jika ia disalahgunakan sehingga mengakibat kan kemiskinan sama ada dari segi ekonomi mahupun ilmu tauhid. Oleh sebab itu wajar mena- nganinya dengan berhati-hati dan mestilah sentiasa berwaspada terhadap akibat buruk dan seterusnya bersedia mengambil langkah pembetulannya.

Dr. Mahathir Muhamad, mantan Perdana Menteri Malaysia banyak menumpukan pemikirannya kepada globalisasi dan perkongsian pintar sebagaimana yang terpancar dalam beberapa ucapan beliau tentang perkara ini. Beliau merupakan penceramah tetap tentang globalisasi dan perkongsian pintar di forum kebangsaan dan juga antarabangsa. Dr. Mahathir menggambarkan keadaan sebenar yang mungkin tentang natijah globalisasi ini jika tafsiran globalisasi yang ada pada hari ini diterima tanpa banyak soal jawab. Seperti agama besar dan ideology yang lain, globalisasi dapat mewujudkan sebuah dunia yang lebih baik lagi. Tetapi beliau memberi amaran bahawa globalisasi juga boleh disalahgunakan mengakibat kan backlash atau tindakan balas yang ganas kepada pembangunan Sosial. Dari segi perkembangan pembangunan sosial dunia tanpa sempadan sentiasa terdedah dengan elemen-elemen yang membawa kekufuran kepada akidah tauhid yang dibawa oleh negara-negara Barat yang tidak seirama dengan akidah Islam. Akibatnya Islam menjadi jenama semata tanpa roh dalam tamadun masyarakat yang membangun.
Kehebatan sains dan teknologi masa kini mendominasikan agenda yang ditayangkan oleh media eletronik seperti televisyen yang menggemparkan masyarakat remaja untuk mencontohi tanpa memikirkan kemanfaatannya kepada pembangunan rohani. Para wanita berpakaian seperti mana sewajarnya sebagai seorang Islam, malang ia kelihatan lebih daripada fesyen kerana membungkus badannya seperti membungkus buah nangka. Ia kelihatan bentuk badanya lebih jelas seolah-olah tanpa penutupnya. Amat anih sekali ialah di bahagian kepala dibungkus juga menjadi kelihatan seperti patung terutama sekali apabila ia membuat persembahan di atas pentas dengan lenggang lengoknya menggerakkan punggung seolah-olah menaikkan syahwat para penonton. Antara fesyen pakaian Barat yang menjadi fesyen masyarakat Islam masa kini ialah yang dikenali sebagai low cutting di bahagian dada. Apakah yang ditayangkan dengan fesyen tersebut? Ini bukanlah pakaian yang dihalal oleh Islam tetapi dihalakan oleh dunia tanpa sempadan.

Apabila manusia membuat sesuatu yang bertentangan dengan kebersihan beragama, ia merasa jijik pada mulanya tetapi apabila sudah terbiasa dengannya, kejijikan itu akan hilang dalam perasaanya kerana didorong oleh rakan lain yang berbuat serupa. Mengambil contoh yang rengan sahaja; semasa Nabi Adam disingkir oleh Allah dari syurga kerana telah mengkufuri arahan Allah supaya jangan mendekati buah terlarang itu, maka Nabi Adam turun ke bumi dan merasa amat seksa kerana mencium bau bumi yang amat menggerunkan perasaannya. Tetapi apa nak buat sudah nasi menjadi bubur terpaksa diharunginya. Tetapi lama kelemahan bau busuk tanah itu menjadi sebati dengan perasaan Nabi Adam dan tidak menjadi masalahnya lagi. Demikanlah gejala-gejala sosial yang bertentangan dengan akidah Islam yang dibawa oleh dunia globalisasi. Masyarakat Islam terutama sekali para pemimpin menghalalkannya atas sebab disandarkan kepada dunia moden. Adakah dunia moden yang difahami itu mempamirkan ciri-ciri tamadun kehidupan masyarakat mukmin? Untuk mendapatkan jawapan yang benar, harus kembali kepada tali Allah iaitu al-Qur’an nul Karim. Dokumen wahyu tersebut diturunkan oleh Allah sebagai lambang kemakmuran hidup manusia. Maka itu tidak ada kekuasan manusia untuk mengubahnya dalam hidup bertamadun di alam dunia.

Apabila kita mengkufuri kuderat kemanusiaan dengan mengetegankan alasan kemodenan dunia maka tungguh sahajalah bala yang diturunkan oleh Allah. Bencana Allah silih berganti di seluruh dunia terutama sekali negara-negara yang mengamalakan kemodenan dan membelakangi kemurnian beragama. Gempa bumi, tsunami, banjir, api, putting beliung yang dasyat yang boleh mencabut dan mengangkat sebuah rumah seperti yang berlaku di negara Amerika Syarikat, kelaparan dan sebagainya adalah antara bencana yang Allah turunkan kepada manusia. Globalisai mementingkan perkembangan politik dalam sinaro pembangunan dunia sejagat. Bagitu juga kerenah-karenah yang mendominasikan politik tanah air. Menghalakan cara atas alasan kemodenan dunia menjadi strategi pemimpin untuk mendapatkan simpati dari rakyat jelata. Akibatnya ialah kemusnahan pembangunan rohani akan diterima oleh rakyat. Kepentingan dunia hanya sebatas umur dan yang paling parah sekali ialah apabila pembangunan yang megkufuri dunia Islam yang diamalkan oleh pemimpin tertentu maka ia akan dipusakai oleh generasi pelapis yang akan menjadi pemimpin negara.

2 ulasan:

  1. salam ustaz.. adakah majlis fatwa negara telah mengeluarkan fatwa bahwa wahabi itu sesat?hizbut tahrir juga? maaf ana cuma bertanya kerana was-was.

    BalasPadam
  2. kadang kala masyarakat terlepas pandang mengenai pemakaian tudung hanya luaran tetapi dalaman tidak. maksud saya hanya menunjuk, tetapi x ikhlas. apa pandangan anda?

    BalasPadam